Kumpulan,Kelas, Individu

Pendekatan kumpulan bermaksud murid bekerja dalam kumpulan. Walaupun berkumpulan setiap murid mengekalkan individualitinya dan dibantu untuk menyumbang idea kepada kumpulan. Setiap murid dalam kumpulan bertanggungjawab berkongsi idea dan memberi sumbangan yang baik, bukan mengikut sahaja. Guru memainkan peranan penting lebih-lebih lagi bagi murid pendidikan khas. Guru haruslah memastikan murid boleh mengalami pembelajaran bertujuan dan matlamat serta objektif kumpulan secara beransur dan penilaian diadakan berterusan. Guru mestilah berulang-ulang kali menyatakan objektif kerja secara kumpulan, kelas dan individu. Ini supaya murid memahami peranan dan akan meningkatkan kerjasama untuk kejayaan kerja kumpulan. Pendekatan kumpulan sebagai satu kaedah pengajaran membantu murid menjadi bebas serta yakin dan pada masa yang sama belajar bahawa seseorang itu bergantung antara satu sama lain. Ia sesuai sebagai satu cara untuk mempertingkatkan penyesuaian sosial. 

Pendekatan pengajaran kelas pula, guru akan berada di hadapan kelas dan mengajar. Murid akan memberi perhatian, membuat tugasan atau menulis dan lain-lain. Selepas itu, pelajaran baru bermula, guru akan bertanyakan pelajaran lepas dan meneruskan dengan maklumat baru, memberi sedikit kerja kelas, menekankan fakta penting, menyoal, memberi tugasan untuk hari berikutnya, menjawab soalan murid dan pelajaran berakhir. Walau bagaimanapun, dalam pendidikan khas, guru banyak membimbing murid dalam tugasan ini, memberi tugasan yang mampu dilakukan oleh murid. Apabila mmurid faham akan pelajarannya, maka penguasaan ilmu mereka akan diuji melalui kerja-kerja latihan.

Pendekatan individu pula menekankan rancangan untuk sesuatu pelajaran itu mengambil kira perbezaan murid. Setiap murid bekerja dengan bebas dan meneima bantuan apabila mereka memerlukannya. Murid akan melalui pembelajaran mengikut kadar kebolehannya. Jadual juga dirancang untuk mereka, tugasan akan disusun supaya pmurid ini akan bekerja berterusan. Ada beberapa kaedah untuk pengajaran individu seperti:

  • Menggunakan panduan yang rancangannya ditulis mengarah murid dalam pembelajarannya. Dalam panduan itu, guru memberi objektif serta aktiviti yang disusun mengikut urutan supaya pada akhir aktivti itu, objektif pembelajaran tercapai. Dengan cara ini, murid boleh membuat tugasan mengikut kadar kebolehannya. Melalui kaedah ini, segala arahan dan tugasan sentiasa ada dan panduan belajar menyatakan apa yang perlu dilakukan. 
  • Bahan dan program juga merupakan kaedah yang digunakan dalam pendekatan individu. Setiap langkah mempunyai sedikit matlamat, disusuli dengan soalan dan meminta respon daripada murid. Apabila murid memberi respon, dia akan ditunjukkan dengan jawapan yang betul yang memberi peneguhan kepada tindakan murid tersebut. Maklumat baru, kemahiran, saranan dan cadangan dimasukkan dalam program itu.
  • Memberi tugasan individu yang sesuai dengan tahap murid. Tugasan individu ini berbeza dari segi kuantiti dan kualiti mengikut kebolehan dan keperluan murid. 
  • Menggunakan tahap kesukaran dalam program pengajaran dan juga menggunakan tahap jangkaan dalam memperihalkan kemajuan atau kualiti murid. Apabila murid diberikan tugasan mengikut tahap kesukaran tertentu, maka setiap tahap itu menjadi tahap jangkaannya. Murid itu diharap akan mencapai kualiti dan kuantiti kerja yang dibentuk untuk tahap itu dan kemajuannya dilapor secara berterusan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s