Analisis Tugasan

Analisis tugasan sering digunakan dalam pendidikan khas. Ia boleh didefinisikan sebagai suatu proses yang melibatkan satu kemahiran tertentu atau objektif am dipecahkan pada langkah-langlah urutan yang kecil. Analisis tugasan dapat membantu pemahaman dan meningkatkan penguasaan kemahiran murid khas secara beransur-ansur. Sebagai contoh, mendail nombor telefon, melibatkan 12 kemahiran kecil seperti berikut:

  • dapat mengenal nombor 0 hingga 9.
  • dapat membezakan antara arah kanan dan kiri.
  • dapat mengangkat gagang telefon dan menunjukkan bagaimana memegangnya.
  • dapat menunjukkan ke arah mana untuk mendail dan menunjuk bagaimana meletakkan jari-jarinya ke dalam lubang-lubang.
  • dapat menunjukkan ke arah halangan dail (bahagian penahan pergerakan dail).
  • dapat memusing dail dengan jarinya sehingga halangan dail.
  • dapat meletak jari ke dalam lubang yang padan dengan satu angka yang diberi. 
  • dapat mendail dua angka yang diberi dalam turutan.
  • dapat mendail lebih angka dalam urutan hingga 10 angka. (03 – 89255039).
  • dapat mengulangi langkah (10) semasa memegang gagang telefon berdekatan telinganya.
  • dapat mengulangi langkah (8) dan (9) semasa memegang telefon berdekatan dengan telinganya.
  • dapat mengulangi langkah (11) dalam susunan kiri ke kanan yang betul apabila diberikan nombor telefon yang penuh.

         (Sumber: diubah suai daripada Larsen & Poplin, 1980)

Dalam pelaksanaan pengajaran analisis tugasan boleh diamalkan pada setiap kemahiran mata pelajaran lain. Analisis tugasan adalah perincian tentang sesuatu tugasan atau aktiviti. Tujuannya untuk menstruktur sesuatu aktiviti perlakuan itu dari mula hingga akhir, dan akhirnya murid dapat melakukannya satu persatu hinggalah menguasainya. Contoh, dalam kemahiran mengenal fungsi alatan perkebunan seperti cara menggunakan cangkul, analisis tugasan dibuat supaya murid tahu cara-cara menggunakan cangkul dan alatan lain. Secara keseluruhan, pendekatan yang efektif untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid khas adalah seperti berikut:

  • Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan secara terus dan berterusan dari hari ke hari.
  • Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah jelas dan terancang serta diajar dengan teratur.
  • Proses pengajaran hendaklah disertakan dengan contoh yang bersesuaian dan jelas serta mudah pula difahami murid. 
  • Maklum balas mengenai pengajaran dan pembelajaran baik daripada murid kepada guru ataupun guru kepada murid hendaklah jelas untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik lagi. 
  • Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengulangan konsep-konsep penting hendaklah dijalankan agar murid lebih memahami apa yang telah dipelajari.
  • Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna kepada murid serta dapat diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.
  • Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah memberi penekanan kepada strategi mengingati fakta-fakta.
  • Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah juga berfokuskan kepada memodifikasikannya kepada pekerjaan.

Bagi pendekatan yang melibatkan perancangan berkumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, yang paling berkesan adalah melibatkan pendekatan seperti berikut:

Bimbingan Rakan Sebaya

Rakan sebaya akan sama-sama membantu guru dalam membantu rakan lain. Ini akan dapat memberi pendedahan kepada murid-murid dalam bersosialisasi antara mereka.

Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif yang berprinsipkan pengajaran secara berkumpulan dapat membantu murid bekerjasama dalam kumpulan masing-masing. Ia lebih berfungsi kepada kumpulan yang kecil jumlah ahlinya.

Pembelajaran Kolaboratif 

Pembelajaran ini melibatkan guru pendidikan khas dan guru kelas biasa bekerjasama secara berpasangan untuk merancang dan seterusnya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Kumpulan Berdasarkan Kemahiran dan Keperluan

Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing dan mengikut keperluan murid. Mereka ini juga akan memberi khidmat yang diperlukan kepada murid-murid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s