Visualais

Pendekatan visualais (Jabatan Pendidikan Khas 2005) merupakan pendekatan yang lebih bermakna dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Murid akan dapat melihat dengan jelas dan lebih memahami tatacara gerak kerja sesuatu kemahiran itu diajar atau ditunjukkan . Pendekatan ini merangsang murid ingin mencuba dan melaksanakannya kepada semua aspek pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam semua bidang khususnya bidang pravokasional. Keperluan pelaksanaan pendekatan visualis ini ialah guru perlu menyedari bahawa murid mempunyai penglihatan yang baik dan kebolehan tahap pengamatan mereka berbeza; murid lebih memahami dengan cara menunjukkan cara sesuatu kemahiran itu diajar; dan murid lebih terangsang dan faham dengan menampakkan sesuatu langkah kerja itu dilakukan.

Prinsip pendekatan visualais ini ialah sebarang bentuk paparan yang hendak ditunjukkan hendaklah jelas dan tidak mengelirukan , jaraknya yang hampir dengan murid, diterangkan dengan jelas dan jika perlu dilakukan berulang-ulang dan cahaya yang cukup terang serta bentuk paparan itu dengan memilih warna yang sesuai. Ciri-ciri pendekatan visualais ini ialah:

  • hasil pembelajaran perlu ditentukan
  • aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus
  • aktiviti pembelajaran disusun mengikut urutan dari yang mudah kepada yang lebih kompleks
  • bahan pengajaran dan pembelajaran mesti sesuai dengan tahap penguasaan murid dan berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari
  • sesuatu kemahiran itu diajar dengan kaedah tunjuk cara yang boleh dilihat oleh mereka
  • murid lebih faham dan mudah mengikut apa yang dipaparkan kepada mereka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s