Kolaborasi

Pendekatan kolaborasi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu latihan kemahiran kerja, bengkel terlindung, pelbagai kaedah terapi dan aktiviti luar bilik darjah.

Latihan Kemahiran Kerja

Latihan kemahiran kerja perlu didedahkan kepada murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Matlamat utama latihan ini adalah untuk memberi kemahiran kendiri, komunikasi, sosialisasi, dan kemahiran asas berkaitan pekerjaan dalam kehidupan. Latihan kemahiran kerja boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu:

Latihan Dalaman (Berbentuk Projek)

Guru melaksanakan aktiviti berbentuk projek yang telah dirancang dengan baik . Contohnya;

  • perkebunan dan penjualan hasil tanaman
  • aktiviti-aktiviti perdagangan seperti membuat aiskrim, biskut, kek, dan lain -lain
  • memelihara ikan , burung dan lain-lain

Latihan Kerja yang Melibatkan Pihak Luar atau Kerja Luar

Guru mendapatkan barangan dari luar (kilang) untuk pembungkusan (assemble) dalam waktu persekolahan atau membuat barangan yang tertentu, contohnya hasil kraftangan murid seperti batik, bunga telur dan lain-lain untuk dijual 

Latihan Kerja Sebenar

Latihan kerja sebenar ialah usaha mewujudkan situasi sebenar untuk sesuatu latihan kerja seperti mencuci kereta, mendobi, dan lain-lain yang dibuat di sekolah. Pelajar-pelajar dihantar bekerja di tempat sebenar dan pemantauan dibuat oleh pegawai kerja.

Bengkel Terlindung

Fungsi bengkel terlindung adalah untuk memberi pengalaman , latihan, penilaian, dan pekerjaan kepada individu yang berkeperluan khas. Terdapat bengkel terlindung yang beroperasi sendiri (di bawah pengurusan sekolah) atau yang mempunyai perjanjian dengan agensi yang memberi perkhidmatan berkaitan dengan kerjaya. Bengkel terlindung tidak mementingkan hasil pengeluaran tetapi lebih mengutamakan pengalaman bekerja individu, menanam minat, memenuhi keperluan sosial dan memberi kemahiran interpersonal. Di bengkel terlindung perlu ada:

  • penilaian kemahiran vokasional
  • latihan kerja secara umum atau khusus
  • memberi peluang latihan kepada individu yang berkeperluan khas
  • peluang untuk berekreasi
  • perkhidmatan untuk mendapat pekerjaan pada masa hadapan
  • bekerja dalam jangka masa panjang sebelum mendapat pekerjaan lain

Aktiviti Luar Bilik Darjah

Aktiviti ini dijalankan di luar waktu pembelajaran, bertujuan untuk;

  • memberi peluang untuk murid memperoleh pengalaman sebenar
  • rekreasi
  • bersosialisasi dan berkomunikasi
  • aktiviti yang menggembirakan
  • penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
  • aktiviti bebas dan terancang
  • meningkatkan aktiviti kemahiran vokasional

Antara aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah adalah aktiviti rekreasi yang melibatkan:

  • lawatan
  • motivasi
  • perkhemahan
  • perkelahan
  • berkuda
  • berenang
  • aktiviti jual beli
  • lawatan sosial
  • kraftangan
  • latihan industri

        (Jabatan Pendidikan Khas 2005)

Leave a comment